Sunday, April 10, 2011

smoking habit among malaysian..

haishh..smoking habit ni da jd trend kt malaysia nowadays. so kt sni, ak nk sentuh pasal isu y da lame jd penyakit dlm masyarakat kita. act da jd BARAH..


hey ladies n gentlemen, please STOP smoking! why?? meh cni tgk ape y ade dlm rokok

haa..nampak tak mende2 tu smua..haish..bahaya2..

semua org taw rokok mengandungi nikotin..tp taw ke ape tu nikotin?? utk makluman semua NIKOTIN adalah sejenis dadah yang menyebabkan ketagihan. Nikotin bertindak merangsang otak dan menimbulkan keseronokan, sbb tulah bile anda merokok,anda akn ketagih..FAHAM??

tahukah anda asap rokok mengandungi 4000 jenis bahan kimia y mana 200 drpnya adlh beracun dan 63 adalah beracun..


kesan y anda dapat bila merokok : tgk da fikir sndiri apa y anda lakukan.



haishh..kesian kn tgk..byk lg y anda boleh tgk..tp google sendiri lah :)

dah klu merokok byk ni dlm sehari tak ke SUICIDE namenye???

menurut fatwa, merokok ni diharamkan sbb boleh mndtgkan kemudaratan kpd diri sndiri dan org lain..ade jg ckp makruh..hmm..anda fikirlah sendiri..

ni TIPS utk anda :

1.Selalu Berpuasa. Amalan berpuasa dari pandangan islam ialah untuk mengawal nafsu dari melakukan maksiat. Apabila berpuasa, kita tidak dapat merokok sekurang-kurangnya 13 jam iaitu dari subuh hingga ke waktu maghrib. Walaupun masih berpelung untuk merokok pada waktu malam, jika kita selalu berpuasa, kita tidak hanya dapat menghentikan tabiat merokok tetapi kita juga dapat beribadah ke jalan Allah. Amalan ini boleh juga diamalkan oleh mereka yang bukan beragama Islam.

2. Berikan hadiah kepada diri sendiri. Tetapkan satu habuan yang harus diberikan pada diri sendiri sekiranya tidak merokok untuk jangka waktu tertentu. Gunakan duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli rokok itu untuk membeli habuan yang positif untuk diri anda sendiri. Ataupun sedekahkan sahaja duit tersebut. Tentu lumayan pahala yang bakal diperolehi nanti.

3. Luangkan masa terluang bersama anak & orang tersayang. Seperti juga ibu bapa kita, tentu kita tidak mahu anak-anak kita merokok bila mereka dewasa kelak. Untuk mencapai matlamat ini kita haruslah menjadi contoh yang positif kepada mereka. Selalunya ibu bapa secara otomatik tidak akan merokok di hadapan anak mereka, terutama anak kecil. Tabiat meluangkan masa terluang dengan anak-anak ini secara tidak langsung dapat mengurangkan malah menghentikan tabiat merokok disambil mengeratkan hubungan kekeluargaan.

4. Aktif bersukan. Individu yang aktif bersukan selalunya menitik beratkan kesihatan tubuh badan dan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka. Pilih aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan berkumpulan untuk menambah keseronokan dan motivasi diri.

5. Sibukkan diri dengan kerja amal dan sukarela. Kita selalu lupa dan tidak bersyukur betapa bertuahnya kita mempunyai kesihatan yang baik. Kita seharusnya mengambil iktibar dari mereka yang dijadikan tidak sempurna atau berpenyakit yang merbahaya. Sertai program-program sukarela seperti di hospital dan persatuan kebajikan untuk melupakan tabiat merokok ini sambil mengambil iktibar dan bersyukur dengan kesihatan diri kita.




p/s : mmglah anda ckp susah nk stop bile da lama merokok..tp ramai je y brjaya..klau org lain boleh berhenti merokok, kenapa tdk anda?? renung-renungkan..

"when there is a will there is a way"









No comments:

Post a Comment