Friday, April 15, 2011

pesta buku kembali lagi..yeayyyy!

yeayy..saya sgt suka ok! nak g borong buku2...
kawan2 especially cik ainul ngn teha da excited sgt da tunggu pesta buku ni..haha..
sape2 yg tataw meh tgk iklan ni..


ahh..apelagi kawan2! mehla join g ramai2..hihi..jdkan budaya membaca amalan kita :)

nak jelas lg..klik di sini :  http://www.klibf.com.my/src/index.php

indahnye islam :)

ISLAM is the way of life..

jadikanlah Al-Quran surat cintamu
jadikanlah solat itu sebagai penghubung dengan TuhanMu
jadikanlah zikir itu kerinduanmu
dan 
jadikanlah mati itu sebagai pertemuan dengan kekasihMu


al quran dan sunnah byk memberi panduan dlm kehidupan kita..

 Islam adalah agama yang syumul, mencakupi semua bidang kehidupan.

Islam adalah agama Allah yang kekal, bersifat umum dan menyeluruh. Kerana Islam diturunkan untuk semua manusia. Ini jelas terbukti melalui firman Allah:
“ Dan kami tidak mengutuskan kamu melainkan kepada ummat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan”.
( Saba’: 28 )
Islam agama yang menyeluruh kerana ia menghukum seluruh urusan kehidupan manusia. Ia menghukum segala yang dilakukan oleh manusia dan perkara yang berkaitan dengan apa yang mereka lakukan. Ini dibuktikanoleh firman Allah:
“ Tiadalah kami alpakan sesuatupun di dalam al-Kitab” 
 ( Al-An’am: 38 )

“ Untuk menjelaskan segala sesuatu”.   
 ( Al-Nahl: 89 )

 dalam al-Quran kita temui ayat-ayat yang berkaitan dengan hukum, sembahyang, muamalat, kehakiman dan seterusnyaindahnya Islam ni..dalam semua hal da dijelaskan..ta kire la utk pilih pasangan hidup, adab makan,mandi,berpakaian..semua dijelaskan..sbb tulah islam ni agama yang syumul



smpaikan potong kuku pun Nabi ajar..


p/s : Tuhan da bg akal fikiran, renung2kn wahai manusia :)

Tuesday, April 12, 2011

Maher Zain - Sepanjang Hidup


cube tgk da hayati video ni..haishh..sweetnye :)



ni cite ayat-ayat cinta..kan best kalau jd solehah mcm aisyah ni..dan dapat husband soleh mcm ni.. :)

p/s : apa rupenye klu ak pkai purdah jugak..hehe

Monday, April 11, 2011

friendship :)

yeah..bgn pg2 ni nak post psal F.R.I.E.N.D.S.H.I.P :)


SAHABAT...
orang y sgt memahami kita..
dia ada bersama dalam suka dan duka..

friends make life a little sweeter :)

begitulah sahabat, memberi erti dlm kehidupan seseorang..boleh menukarkan duka kepada suka..sedih kepada gembira..sebuah persabahatan harus disertai rasa sayang dan cinta..


thanks kawan2 y bergelar sahabat..haishh..sgt sayang kt korang..



cikgu linda dan cikgu ainul <3


kwn2 sekelas :)



Renungan :

Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri


“Dalam masa kejayaan, teman2 mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman2 kita.



p/s : thanks to lovely friend, fj kt irbid :)

hati tenang bila...

ak sdikit wonder kenapa kdgkala hati tak tenang..hihi..byk cara korang2 nk tenangkan hati tu..
meh kita tgk cmne okewh..

  • baca QURAN ye kwn2..sumpah akn tenang :)

  • anda bersikap pemaaf..klu ade perasaan negatif kt org la :)

  • rawat hati anda..

p/s : kesimpulannya, sng je nk wat hati tenang..cume depends ats usaha sendiri..y plg penting, jgn ada hasad dengki, berdendam ngn orang lain..ok??  :)



Sunday, April 10, 2011

smoking habit among malaysian..

haishh..smoking habit ni da jd trend kt malaysia nowadays. so kt sni, ak nk sentuh pasal isu y da lame jd penyakit dlm masyarakat kita. act da jd BARAH..


hey ladies n gentlemen, please STOP smoking! why?? meh cni tgk ape y ade dlm rokok

haa..nampak tak mende2 tu smua..haish..bahaya2..

semua org taw rokok mengandungi nikotin..tp taw ke ape tu nikotin?? utk makluman semua NIKOTIN adalah sejenis dadah yang menyebabkan ketagihan. Nikotin bertindak merangsang otak dan menimbulkan keseronokan, sbb tulah bile anda merokok,anda akn ketagih..FAHAM??

tahukah anda asap rokok mengandungi 4000 jenis bahan kimia y mana 200 drpnya adlh beracun dan 63 adalah beracun..


kesan y anda dapat bila merokok : tgk da fikir sndiri apa y anda lakukan.



haishh..kesian kn tgk..byk lg y anda boleh tgk..tp google sendiri lah :)

dah klu merokok byk ni dlm sehari tak ke SUICIDE namenye???

menurut fatwa, merokok ni diharamkan sbb boleh mndtgkan kemudaratan kpd diri sndiri dan org lain..ade jg ckp makruh..hmm..anda fikirlah sendiri..

ni TIPS utk anda :

1.Selalu Berpuasa. Amalan berpuasa dari pandangan islam ialah untuk mengawal nafsu dari melakukan maksiat. Apabila berpuasa, kita tidak dapat merokok sekurang-kurangnya 13 jam iaitu dari subuh hingga ke waktu maghrib. Walaupun masih berpelung untuk merokok pada waktu malam, jika kita selalu berpuasa, kita tidak hanya dapat menghentikan tabiat merokok tetapi kita juga dapat beribadah ke jalan Allah. Amalan ini boleh juga diamalkan oleh mereka yang bukan beragama Islam.

2. Berikan hadiah kepada diri sendiri. Tetapkan satu habuan yang harus diberikan pada diri sendiri sekiranya tidak merokok untuk jangka waktu tertentu. Gunakan duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli rokok itu untuk membeli habuan yang positif untuk diri anda sendiri. Ataupun sedekahkan sahaja duit tersebut. Tentu lumayan pahala yang bakal diperolehi nanti.

3. Luangkan masa terluang bersama anak & orang tersayang. Seperti juga ibu bapa kita, tentu kita tidak mahu anak-anak kita merokok bila mereka dewasa kelak. Untuk mencapai matlamat ini kita haruslah menjadi contoh yang positif kepada mereka. Selalunya ibu bapa secara otomatik tidak akan merokok di hadapan anak mereka, terutama anak kecil. Tabiat meluangkan masa terluang dengan anak-anak ini secara tidak langsung dapat mengurangkan malah menghentikan tabiat merokok disambil mengeratkan hubungan kekeluargaan.

4. Aktif bersukan. Individu yang aktif bersukan selalunya menitik beratkan kesihatan tubuh badan dan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka. Pilih aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan berkumpulan untuk menambah keseronokan dan motivasi diri.

5. Sibukkan diri dengan kerja amal dan sukarela. Kita selalu lupa dan tidak bersyukur betapa bertuahnya kita mempunyai kesihatan yang baik. Kita seharusnya mengambil iktibar dari mereka yang dijadikan tidak sempurna atau berpenyakit yang merbahaya. Sertai program-program sukarela seperti di hospital dan persatuan kebajikan untuk melupakan tabiat merokok ini sambil mengambil iktibar dan bersyukur dengan kesihatan diri kita.




p/s : mmglah anda ckp susah nk stop bile da lama merokok..tp ramai je y brjaya..klau org lain boleh berhenti merokok, kenapa tdk anda?? renung-renungkan..

"when there is a will there is a way"









buaya darat vs playboy









vs



hmm..buaya darat vs playboy???



hehe..anway dude, entry ni bkn utk mengutuk kaum2 adam ok (tp adela sikit2..ahaaha) ;p
cume curious dgn kaum2 kamu..
mesti pasni rmai y doubt..nape je kaum lelaki y dpersalahkan??bkn ke rmai playgurl kt dunia ni???haishh..suke hati ak la kn..ni blog ak..ak nk cite psal kaum korang dulu..(tiada racist di sini) hehe..just skdar fun2..jgn terasa ye :))

soalan ak kpd y bergelar PLAYBOY a.k.a PLAYER:
kenapa korang jd playboy ea??best sgt ke??

jwpn y ak dpt..drp kwn2 la kn :

1) well..ak kacak, bergaya, jambu gitu..haishh

2) sj suke2..suke hati ak la beb!

3) dpt menyelami perasaan smua perempuan..
ckp setiap prmpuan lain2 prasaannya..(apakah??)

4) da die pon playgurl..ak pon boleh jd playboy..(aduh..sgt sesuai kn psgn cmni)

act..bykla alasan kn..tp apepn alasan korang guys, jgnla smpai buat perempuan y betul2 syg n cintakan kamu kecewa..tak kesian ke??haishh..jgn hanya menilai cinta pada PARAS RUPA or HARTA , tp cube kamu mencintai krn HATI :)

for u gegurls, meh kenali ciri2 lelaki playboy!

  • terlebih bsikap romantik n mlut "manis"
  • terlalu sering memuji
  • tersasul memanggil nama gurls lain bile bckp dgn anda
  • lelaki jenis ni tade kwn karib perempuan..sbb die baik n tertarik kt smua perempuan
  • marah bile kite nk tgk die punye hp..sbb byk rahsia dlm tu..
  • mmg dikenali sbg playboy.
p/s : kwn2..moral of the story kt cni, jdlah pasangan y SETIA klu da bcinta..ok?? CINTA ITU BAHAGIA BUKAN TERSEKSA :))



Thursday, April 7, 2011

La Tahzan wahai hati..

kehilangan,
rasa sedih bila kehilangan,
itu normal..

kematian,
itu lumrah kehidupan,
setiap manusia akan merasai mati,
bersabarlah wahai hati,
walau sedih di hati,
semua orang mengerti..

ku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati,
bukan untuk sesuka hati,
hanya ingin berkongsi,
pergilah nenda dengan damai,
hanya doaku yang mampu mengiringi...

wahai hati,
janganlah kau tangisi pemergian,
kerana dia kembali kepada TUHAN...

p/s : al fatihah buat nenda tercinta..
6 April 2011


Monday, April 4, 2011

kucing-kucing kesayangan lalink..

entry kali ni ditujukan khas utk kucing2 yang tersayang..huhu..w/pun korang kucing, tp ak da syg sgt kt korang..mcm syg manusia..klu hilang korang, maknenya mcm hilang org y ak syg dlm hidup..kucing ak tadela secomel kucing2 parsi ke papela, tp diorg sgt special..mcm2 name diorg..salleh,ibu,belang,kechek,hitam,merah..mcm2la..


kechek yang bulatt

kechek ni sbnrnye ank tiri salleh..ntahla..ak pon da lupe..ramai sgt kucing kt umah..die mkn byk sbb tu perut bulattt..


salleh ngn wife tercinta..

salleh sgt sygkn ibu..tp die curang..ibu kucing ni seyes setia ngn salleh..klu ade kucing jantan dtg nk ngorat, die siap g cakar2 ag..alahai..


salleh..kalau tdo mesti mcm ni..tataw nape ngn salleh..haishh


ni belang..huhu..da mati :(

hari ni sgt sedih..belang da mati..kucing y pelihara dr kecik..smpai jd bulat gile..kucing y plg nakal dan plg bising y pernah ak pelihara..

okewh..org ckp "alaa..kucing je pon mati..y ko na nanges smpai bengkak2 mata tu kenapa??
ok..kt sini ak jwb prtnyaan org yg tade perasaan mcm ko! td ak tade mud nk jwb sbb ak sibuk dop mengelap hingus2 yg ade..

sbb2 kenape ak syg kucing :-
  • nabi pon suke kucingla ( ade org tataw agknye)
  • kucing sgt manja dan ade prangai yg boleh buat ak gelak sorg2 bile tgk..
  • bile tdo boleh pelukk mcm bantal golek..
  • kucing comellllllll gile..
  • kucing b'interaksi ngn ak gune bhasa die..meowmeow..
p/s : kalau korg tak suke kucing, jgnla sampai nk pijak2,sepak2 die..ingatlah..kucing pun makhluk yang bernyawa..Allah mencipta binatang bukan utk disakiti dan dizalimi..sekian..

Sunday, April 3, 2011

doaku :)


Setiap insan mempunyai perasaan ingin mencintai dan dicintai..itulah lumrah kehidupan manusia..



Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada
seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar
bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku
padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku
menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku
padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada
seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar
tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan
biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan
panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada
taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya
Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah
jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu
yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami
dengna limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu.Amin.....


p/s : perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan sebaliknya :)

Saturday, April 2, 2011

rindu muka2 foundation :p

hahaa..tibe2 rindu zmn2 foundation..rindu zmn kebulatan boby..rindu g jnda baik..rindu g wall climbing same2..rindu maen bowling same..suka dan duka bersama..meh imbas kembali aktviti2 bersama2 bdk2 kelas. :)

kesewelan kami sem3 ..hihi


janda baik sem2..org asli minat teha :p


mase merdeka sem1 ..tyme perut bobby masih ke depan..hahaha

ok..da mlas upload byk2..nt upload kt blog kelas pulak..hihi..papepon korg, bile bersahabat perlu ikhlas.. bialah persahabatan kita kekal di dunia dan akhirat :)

p/s : A good friend is someone we can count on, as well as being so much more. A friend is someone with whom we can relax and just hang out, have fun and share our innermost thoughts, deep dark secrets, lofty and noble goals, or our hopes, joys, and fears.








she's gojes!


omaiijay..she's gojessss! suke gile tgk die ni..jum check out her pics..hehe


pkai tdung lg cantik la :)

damn gojes :)

simple is better ..



sgt pretty ok die ni..kagummm :)

kesimpulannya kt cni :

Cantik itu ANUGERAH..ramai org ckp cantik tu subjektif, objektif dan papela..
tp bg ak, cantik tak smstinya drp luaran semata-mata..bia cantik di luar dan juga cantik kt dalam..

Ingtlah kwn2, cantik tu kurniaan drp Allah. klu Dia nk tarik balik, sekejap je cantik tu hilang..bersyukur lah kita :)

hantuuuuuuuuuuuuuuuu


ok..nak tgk cite hantu!!

tp ak sgt berani la kan..sgttt berani..klu ak tak tgk hantu, hantu tgk ak..omaii..nk tgk ke tanak ni..kwn2..sile teman ak tgk cite hantu T_T

story pasal hantu ni kn..ak adela byk pnglman mndengar citer hantu drp kwn2..ta kire la mase sek rendah( aiyokk..kecik2 da kenal hantu), sek men, matrik, mktab n smpai tua la kn..biasala cite hntu mmg sgt femesss di kalangan kami..hahaha

ok..ak sgt berani smpai boleh gelak2 tgk cite hntu..padahal hampeh! hantu pon ak tataw muke cmne..eh2..hantu kak limah je ak tgk muke die! hahaha..rase nak bako je kak limah tu..haishh..macik ainul sgt taw bhwa akulah perempuan plg taff kt ib ni..mmg tak penakuttt pon..hehehe

ok dah..mlas nk ckp hantu..nk tidoo..nitee zzzzzzzzzzzz :)

p/s : sape nk tgk cite hantu jgn lupe ajk ak :p



nk jd linda solehah :)



Pakaian yg sepatutnya bg perempuan Islam :



i'm not a gud one,but i try to be gud..
kdg2 ak terfikir..kenape susah sgt nk buat..
hukum ttp hukum..takleh deny..tp nape ssh sgt nak berubah :(
in term of pakaian, ak rase ak tadelah sgt mencolok mata..tp ak rase mcm tak sempurna bile tak pkai stokin, xpkai ank tdung..hmm....
linda lalink..bilela ko nk berubah..huhu..tataw2..tp klu ade niat tu ok ape..ape pon bermula dgn niat kn kn kn :))


Ya Allah,
berilah aku peluang..
selagi masih bernafas di dunia..
untuk menjadi hamba yang berguna..

p/s : thanks kwn..y sntiasa mberi peringatan, nasihat..doakan solehah :)